Pengumuman

火烧晋中5周年
Ulangtahun Ketiga Kebakaran SMK Kuching High

Setelah 5 tahun kebakaran yang telah memusnahkan bilik persatuan ini, persatuan ini masih tiada bilik dan sedang berusaha untuk menambah pelbagai peralatan yang telah musnah.
Bantulah Kami!

晋中
圣约翰救伤队要花多少钱才能“重建”?

火烧晋中
古晋2/12/2008日讯---晋中发生火患. 被烧毁的该栋危楼内总共有2楼,1楼与2楼为科学室、底楼为圣约翰救伤队、红新月会、储藏室及2间厕所。火患发生时间是今日下午1时零7分.
晋中科学室、储藏室、圣约翰救伤队活动室、红新月会活动室一瞬间化为乌有。

晋中圣约翰救伤队要花多少钱才能“重建”?

Sejarah: Laporan Majalah KHS 1990

Monday, May 25, 2009


Sejarah: Laporan Majalah KHS 1990


Patron : Encik Fong Chee Hung

Corp Superintendent : Encik Poon Miang Tee

Guru Penasihat : Encik Yeo Chin Lian

Penolong Guru Penasihat : Encik Fabian Lee

Encik Bong Joon Khoi

Pengerusi : Chan Chung Ling

Naib Pengerusi : Mariana Poh De Lian Yeo Peng Hee

Setiausaha : Kho Wen Ling

Penolong Setiausaha : Lim Yee Chuen

Bendahari : Lai Lee Yung

Penyelia Stor : Doreen Lim Shau Syan

Ketua-ketua Divisyen : Tiong Kun Chiew, Sze Kian San, Sze Nyi Sun,Wee Kwang Teck


St. John Ambulans telah ditubuhkan di sekolah ini pada tahun 1971. Ia telah dipimpin oleh sekumpulan guru penasihat yang berpengalaman dan ketua yang berbakat sejak is ditubuhkan. Ramai pelajar telah menceburi dalam persatuan ini dan menyumbangkan jasa mereka yang berharga kepada persatuan. Sekarang, persatuan ini adalah salah satu pasukan beruniform yang terkenal dan berdisiplin di sekolah ini. Ia terdiri daripada lebih kurang 100 orang ahli dan dipimpin oleh sekumpulan ketua dan Tingkatan 4 di bawah jagaan 3 orang guru penasihat yang berpengalaman.

Mesyuarat mingguan kami lazimnya dijalankan pada setiap hari Sabtu pada pukul 2.00 petang. Beraneka jenis aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah telah disediakan demi kebaikan ahli-ahli dan juga menyediakan peluang pemimpinan kepada mereka berbakat. Aktiviti-aktiviti seperti khusus pertolongan cemas yang singkat dan mudah, kejururawatan, berkawat, menyanyi, pengetahuan perkhemahan dan permainan. Aktiviti-aktiviti ini mendapat sambutan yang hangat daripada semua ahli.

Sebagai sebuah pertubuhan masyarakat yang bertujuan `BERKHIDMAT UNTUK MANUSIA', kami telah ditugaskan dalam beberapa aktiviti yang dijalankan di persekitaran kita. Kami memberi perkhidmatan pertolongan cemas dalam Hari Sukan Sekolah Tahunan dan kepada peserta-peserta sekolah yang mewakili sekolah ke Sukan Antara Sekolah-sekolah Menengah Zon Kuching/Samarahan. Kami juga merupakan salah satu kadet yang aktif dan sentiasa ditugaskan oleh pejabat untuk memberi perkhidmatan kami di masyarakat ini.

Setakat pada tahun ini, satu khusus pertolongan cemas yang khas telah dianjurkan oleh General Hospital Kuching kepada ketua-ketua persatuan kami untuk memberi latihan dan teknik pengajaran serta pengetahuan pertolongan cemas. Pada 'Flag Day' yang lalu, ahli-ahli persatuan kami telah berjaya mengutip derma daripada orang ramai dengan memperolehi jumlah wang sebanyak $2,700/-. Satu lawatan ke Kampung Budaya telah diselenggarakan oleh persatuan kami pada 31/3/1990 dan mendapat sambutan yang hangat daripada ahli-ahli pada 13/5/1990 — 16/5/1990 adalah hari perkhemahan bagi persatuan kami dan is telah dijalankan dengan lancarnya.

Pihak kami berasa bangga dengan pencapaian dan kejayaan persatuan kami serta disiplin ahli, semangat bekerjasama dan sifat bertanggungjawab ahli. Kami berharap keadaan ini dapat diteruskan lagi buat selama-lamanya. Kami juga berharap lebih ramai pelajar akan berminat dan menceburkan diri dalam persatuan kami.

Sebagai setiausaha, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'Patron', guru-guru penasihat, 'Officers-in-charge' atas bimbingan mereka serta kerjasama semua ahli untuk menjayakan persatuan ini.

Yang menjalankan tugas Setiausaha

St. John Ambulans

Kadet Campuran No. 1



0 comments: