Pengumuman

火烧晋中5周年
Ulangtahun Ketiga Kebakaran SMK Kuching High

Setelah 5 tahun kebakaran yang telah memusnahkan bilik persatuan ini, persatuan ini masih tiada bilik dan sedang berusaha untuk menambah pelbagai peralatan yang telah musnah.
Bantulah Kami!

晋中
圣约翰救伤队要花多少钱才能“重建”?

火烧晋中
古晋2/12/2008日讯---晋中发生火患. 被烧毁的该栋危楼内总共有2楼,1楼与2楼为科学室、底楼为圣约翰救伤队、红新月会、储藏室及2间厕所。火患发生时间是今日下午1时零7分.
晋中科学室、储藏室、圣约翰救伤队活动室、红新月会活动室一瞬间化为乌有。

晋中圣约翰救伤队要花多少钱才能“重建”?

Sejarah: Laporan Majalah KHS 1992

Monday, May 25, 2009



Sejarah: Laporan Majalah KHS 1992



Patron : Encik Chong Tong Liap

Corp Superintendent : Encik Poon Miang Tee

Guru Penasihat : Encik Yeo Chin Lian

: Encik Fabian Lee

: Encik Bong Joon Khoi

: Cik Lim Yu Ling

Pengerusi : Lai Siaw Yin

Naib Pengerusi : Kho Phin Lian

Setiausaha : Lina Sim Chiew Yen

Pen. Setiausaha : Cecelia Teo Ting Kun : Pui Wan Lee

Bendahari : Tan Chun Hiey

Pen. Bendahari : Connie Chiew

Penyelia Stor : Tan Yan Ling

Pen. Penyelia : Liew Chia Siew

Ketua Divisyen : Stamford Thang, : Chern Wee Sern,: Lai Kuet Khem

Ketua Seksyen : Chaff Sing Ling, Joseph Wong Bong Siak, Hong Ven ik Lan,Wang Meng You, Godwin Poh, Jeffrey Sung, Chhoa Chik Kiong, Heng Monk Seng


Persatuan St. John Ambulans telah ditubuhkan pada tahun 1971 di sekolah ini. Dengan tidak disangkai, kini persatuan ini sudahpun menjangkau usia 21 tahun. Persatuan inf.dipimpin oleh sekumpulan guru penasihat yang berpengalaman dan ketua yang berbakat sejak ditubuhkan. Pihak kami berasa amat bangga kerana bilangan ahli yang menyertai persatuan ini kian bertambah. Setakat ini, jumlah ahli persatuan ini adalah lebih kurang 100 orang. Mereka terdiri daripada pelajar dari Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan Lima. Ahli-ahli ini dibahagi kepada tiga divisyen, manakala setiap divisyen pula dibahagi kepada tiga seksyen.

Pada setiap minggu, mesyuarat mingguan akan diadakan kecuali terdapat peperiksaan dan arahan daripada pihak sekolah. Ia bermula dari pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang. Pada setiap mesyuarat, j5elbagai aktiviti akan diadakan. Antaranya adalah seperti kursus pertolongan cemas, kawat kaki dan pengetahuan am tentang perkhemahan. Di samping permainan, pertandingan dan nyanyian juga diadakan untuk menghiburkan ahli-ahli. Beberapa buah kursus 'Proficiency Subject' yang telah dianjurkan oleh ibu pejabat St. John Ambulans adalah seperti signaling, history of St. John Ambulans, map reading, nursing, cycling, international friendship dan lain-lain. Mereka yang lulus dalam kursus-kursus tersebut akan diberi sijil-sijil atau lencana.

Sebagait sebuah pertubuhan yang senantiasa mengutamakan matlamat "Berkhidmat Untuk Manusia", persatuan ini telah banyak menyumbangkan pertolongan cemas balk dalam sekolah seperti sukan sekolah tahunan, mahupun di luar sekolah seperti perarakan. Ahli-ahli persatuan ini sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan kepada sesiapa yang memerlukannya.

Pada akhir-akhir ini, iaitu pada cuti pertengahan semesta pertama, satu kursus 'Map Reading' dan 'Fire Fighting' yang masing-masing diadakan di sekolah ini dan di Balai Bomba telah disambut hangar oleh ahli-ahli kami. Di samping itu, telematch, lawatan, perkelahan, perkhemahan, pertandingan memasak secara kuno juga telah diadakan bagi memenuhi cita rasa para ahli.

Saya selaku setiausaha persatuan ini, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'Patron' guru-guru penasihat, 'officers-in-charge', pare ahli yang telah menyumbangkan jasa-jasa dan tenaga mereka yang berharga demi kebaikan persatuan ini. Dan diharapkan persatuan ini akan lebih cergas dengan pencapaian dan kejayaan yang lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.

Sekian sahaja, terima kasih.

Yang menjalankan tugas, Setiausaha,

St. John Ambulans,

Kadet Campuran No. 1





0 comments: