Pengumuman

火烧晋中5周年
Ulangtahun Ketiga Kebakaran SMK Kuching High

Setelah 5 tahun kebakaran yang telah memusnahkan bilik persatuan ini, persatuan ini masih tiada bilik dan sedang berusaha untuk menambah pelbagai peralatan yang telah musnah.
Bantulah Kami!

晋中
圣约翰救伤队要花多少钱才能“重建”?

火烧晋中
古晋2/12/2008日讯---晋中发生火患. 被烧毁的该栋危楼内总共有2楼,1楼与2楼为科学室、底楼为圣约翰救伤队、红新月会、储藏室及2间厕所。火患发生时间是今日下午1时零7分.
晋中科学室、储藏室、圣约翰救伤队活动室、红新月会活动室一瞬间化为乌有。

晋中圣约翰救伤队要花多少钱才能“重建”?

Sejarah: Laporan Majalah KHS 1992

Monday, May 25, 2009



Sejarah: Laporan Majalah KHS 1992



Patron : Encik Chong Tong Liap

Corp Superintendent : Encik Poon Miang Tee

Guru Penasihat : Encik Yeo Chin Lian

: Encik Fabian Lee

: Encik Bong Joon Khoi

: Cik Lim Yu Ling

Pengerusi : Lai Siaw Yin

Naib Pengerusi : Kho Phin Lian

Setiausaha : Lina Sim Chiew Yen

Pen. Setiausaha : Cecelia Teo Ting Kun : Pui Wan Lee

Bendahari : Tan Chun Hiey

Pen. Bendahari : Connie Chiew

Penyelia Stor : Tan Yan Ling

Pen. Penyelia : Liew Chia Siew

Ketua Divisyen : Stamford Thang, : Chern Wee Sern,: Lai Kuet Khem

Ketua Seksyen : Chaff Sing Ling, Joseph Wong Bong Siak, Hong Ven ik Lan,Wang Meng You, Godwin Poh, Jeffrey Sung, Chhoa Chik Kiong, Heng Monk Seng


Persatuan St. John Ambulans telah ditubuhkan pada tahun 1971 di sekolah ini. Dengan tidak disangkai, kini persatuan ini sudahpun menjangkau usia 21 tahun. Persatuan inf.dipimpin oleh sekumpulan guru penasihat yang berpengalaman dan ketua yang berbakat sejak ditubuhkan. Pihak kami berasa amat bangga kerana bilangan ahli yang menyertai persatuan ini kian bertambah. Setakat ini, jumlah ahli persatuan ini adalah lebih kurang 100 orang. Mereka terdiri daripada pelajar dari Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan Lima. Ahli-ahli ini dibahagi kepada tiga divisyen, manakala setiap divisyen pula dibahagi kepada tiga seksyen.

Pada setiap minggu, mesyuarat mingguan akan diadakan kecuali terdapat peperiksaan dan arahan daripada pihak sekolah. Ia bermula dari pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang. Pada setiap mesyuarat, j5elbagai aktiviti akan diadakan. Antaranya adalah seperti kursus pertolongan cemas, kawat kaki dan pengetahuan am tentang perkhemahan. Di samping permainan, pertandingan dan nyanyian juga diadakan untuk menghiburkan ahli-ahli. Beberapa buah kursus 'Proficiency Subject' yang telah dianjurkan oleh ibu pejabat St. John Ambulans adalah seperti signaling, history of St. John Ambulans, map reading, nursing, cycling, international friendship dan lain-lain. Mereka yang lulus dalam kursus-kursus tersebut akan diberi sijil-sijil atau lencana.

Sebagait sebuah pertubuhan yang senantiasa mengutamakan matlamat "Berkhidmat Untuk Manusia", persatuan ini telah banyak menyumbangkan pertolongan cemas balk dalam sekolah seperti sukan sekolah tahunan, mahupun di luar sekolah seperti perarakan. Ahli-ahli persatuan ini sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan kepada sesiapa yang memerlukannya.

Pada akhir-akhir ini, iaitu pada cuti pertengahan semesta pertama, satu kursus 'Map Reading' dan 'Fire Fighting' yang masing-masing diadakan di sekolah ini dan di Balai Bomba telah disambut hangar oleh ahli-ahli kami. Di samping itu, telematch, lawatan, perkelahan, perkhemahan, pertandingan memasak secara kuno juga telah diadakan bagi memenuhi cita rasa para ahli.

Saya selaku setiausaha persatuan ini, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'Patron' guru-guru penasihat, 'officers-in-charge', pare ahli yang telah menyumbangkan jasa-jasa dan tenaga mereka yang berharga demi kebaikan persatuan ini. Dan diharapkan persatuan ini akan lebih cergas dengan pencapaian dan kejayaan yang lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.

Sekian sahaja, terima kasih.

Yang menjalankan tugas, Setiausaha,

St. John Ambulans,

Kadet Campuran No. 1





Sejarah: Laporan Majalah KHS 1991





Sejarah: Laporan Majalah KHS 1990



Patron : Encik Chong Tong Liap
Corp Superintendent : Encik Poon Miang Tee
Guru Penasihat : Encik Yeo Chin Lian
: Encik Fabian Lee
: Encik Bong Joon Khoi
: Cik Lim Yu Ling
Pengerusi : Tay Yong Chong
Naib Pengerusi : Sim Siew Peng
Setiausaha : Chua Boon Han
Pen. Setiausaha : Mary Ho Sok Hui
Bendahari : Kho Hui Joo
Pen. Bendahari : Jong Fung Swee
Penyelia Stor : Sim Hui Hock Pen.
Penyelia Stor : Chai Siau Nga
Ketua Divisyen : Ong Teck Leong
: Leslie Liew Hwang Yong
: Pui Chin Hwang

Ahli Jawatankuasa :
Tiew Hua Ming
Wee Whai Chew :
Lo Yen Foo
Loh Shin Wee

Ketua Seksyen
Wang Meng Gek
Lim Phei Chin
Sim Ling Lung
Tay Hui Ing
Teo Pact Hoon
Dustin Siaw Yong Chuar

Persatuan St. John Ambulans telah ditubuhkan di S.M.B. Kuching High sejak tahun 1971 sehingga hari ini, sudah genap 20 tahun. Dewasa ini, persatuan kami terdiri daripada 105 orang ahli. Mereka dibahagikan kepada 3 divisi. Lazimnya mesyuarat mingguan kami diadakan pada setiap hujung minggu, dari pukul 2.00 hingga 4.30 petang.
Persatuan kami telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk para ahli semasa mesyuarat dijalankan. Aktiviti-aktiviti ini merangkumi kursus pertolongan cemas, pengetahuan am tentang perkhemahan, sejarah St. John Ambulans, berkawat kaki dan sebagainya.
Matlamat utama persatuan kami ialah "BERKHIDMAT UNTUK MANUSIA". Sejak awal tahun ini, persatuan kami telah diminta untuk memberikan perkhidmatan pertolongan cemas pada hari sukan sekolah dan Sukan Antara Sekolah Kuching/Semarahan/. Murid-murid sekolah yang cedera atau kurang sihat juga diberikan perkhidmatan pertolongan cemas oleh persatuan kami.
Pada cuti semester pertama, Ibu Pejabat persatuan kami telah mengadakan kursus kawat usungan pada minggu cuti pertama. Ahli-ahli persatuan kami telah pergi ke kern tentera untuk berlatih cara mengangkat- pesakit. Kursus ini bertujuan untuk mencungkil bakat untuk mewakili Sarawak untuk menyertai pertandingan kawat usungan yang dianjurkan di Kuala Lumpur. Pada minggu, kedua, Kursus 'Hygiene' telah dianjurkan di bangunan Ibu Pejabat. la telah mengajar ,para ahli tentang kepentingan kebersihan dan kesihatan. Persatuan sekolah kami juga telah mengadakah satu perkelahan di Matang pada 5 Jun 1991. Pada hujung minggu, 'TREASURE HUNT' telah dilangsungkan.
Pada semester kedua, aktiviti-aktiviti yang utama yang dijalankan seperti Hari Bendera, Perbarisan Tahunan dan Kenaikan Pangkat serta Hari Terbuka St. John. Pada akhir tahun ini, persatuan kami akan mengadakan lawatan ke rumah panjang, Fort Magherita, Pusat Pemulihan, SESCO dan sebagainya.
Sebagai Setiausaha, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'Patron', guru-guru penasihat, 'Officer-in-charge' atas bimbingan mereka serta kerjasama semua ahli untuk menjayakan persatuan ini.
Yang menjalankan tugas, Setiausaha
St. John Ambulans
Kadet Campuran No. 1


Sejarah: Laporan Majalah KHS 1990


Sejarah: Laporan Majalah KHS 1990


Patron : Encik Fong Chee Hung

Corp Superintendent : Encik Poon Miang Tee

Guru Penasihat : Encik Yeo Chin Lian

Penolong Guru Penasihat : Encik Fabian Lee

Encik Bong Joon Khoi

Pengerusi : Chan Chung Ling

Naib Pengerusi : Mariana Poh De Lian Yeo Peng Hee

Setiausaha : Kho Wen Ling

Penolong Setiausaha : Lim Yee Chuen

Bendahari : Lai Lee Yung

Penyelia Stor : Doreen Lim Shau Syan

Ketua-ketua Divisyen : Tiong Kun Chiew, Sze Kian San, Sze Nyi Sun,Wee Kwang Teck


St. John Ambulans telah ditubuhkan di sekolah ini pada tahun 1971. Ia telah dipimpin oleh sekumpulan guru penasihat yang berpengalaman dan ketua yang berbakat sejak is ditubuhkan. Ramai pelajar telah menceburi dalam persatuan ini dan menyumbangkan jasa mereka yang berharga kepada persatuan. Sekarang, persatuan ini adalah salah satu pasukan beruniform yang terkenal dan berdisiplin di sekolah ini. Ia terdiri daripada lebih kurang 100 orang ahli dan dipimpin oleh sekumpulan ketua dan Tingkatan 4 di bawah jagaan 3 orang guru penasihat yang berpengalaman.

Mesyuarat mingguan kami lazimnya dijalankan pada setiap hari Sabtu pada pukul 2.00 petang. Beraneka jenis aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah telah disediakan demi kebaikan ahli-ahli dan juga menyediakan peluang pemimpinan kepada mereka berbakat. Aktiviti-aktiviti seperti khusus pertolongan cemas yang singkat dan mudah, kejururawatan, berkawat, menyanyi, pengetahuan perkhemahan dan permainan. Aktiviti-aktiviti ini mendapat sambutan yang hangat daripada semua ahli.

Sebagai sebuah pertubuhan masyarakat yang bertujuan `BERKHIDMAT UNTUK MANUSIA', kami telah ditugaskan dalam beberapa aktiviti yang dijalankan di persekitaran kita. Kami memberi perkhidmatan pertolongan cemas dalam Hari Sukan Sekolah Tahunan dan kepada peserta-peserta sekolah yang mewakili sekolah ke Sukan Antara Sekolah-sekolah Menengah Zon Kuching/Samarahan. Kami juga merupakan salah satu kadet yang aktif dan sentiasa ditugaskan oleh pejabat untuk memberi perkhidmatan kami di masyarakat ini.

Setakat pada tahun ini, satu khusus pertolongan cemas yang khas telah dianjurkan oleh General Hospital Kuching kepada ketua-ketua persatuan kami untuk memberi latihan dan teknik pengajaran serta pengetahuan pertolongan cemas. Pada 'Flag Day' yang lalu, ahli-ahli persatuan kami telah berjaya mengutip derma daripada orang ramai dengan memperolehi jumlah wang sebanyak $2,700/-. Satu lawatan ke Kampung Budaya telah diselenggarakan oleh persatuan kami pada 31/3/1990 dan mendapat sambutan yang hangat daripada ahli-ahli pada 13/5/1990 — 16/5/1990 adalah hari perkhemahan bagi persatuan kami dan is telah dijalankan dengan lancarnya.

Pihak kami berasa bangga dengan pencapaian dan kejayaan persatuan kami serta disiplin ahli, semangat bekerjasama dan sifat bertanggungjawab ahli. Kami berharap keadaan ini dapat diteruskan lagi buat selama-lamanya. Kami juga berharap lebih ramai pelajar akan berminat dan menceburkan diri dalam persatuan kami.

Sebagai setiausaha, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'Patron', guru-guru penasihat, 'Officers-in-charge' atas bimbingan mereka serta kerjasama semua ahli untuk menjayakan persatuan ini.

Yang menjalankan tugas Setiausaha

St. John Ambulans

Kadet Campuran No. 1



9 Mei 2009 Temuduga Kenaikan Pangkat untuk pegawai, ahli dewasa dan ahli kadet di Ibu Pejabat.

Saturday, May 9, 2009

9 Mei 2009 Temuduga Kenaikan Pangkat untuk pegawai, ahli dewasa dan ahli kadet di Ibu Pejabat.

1-3 Mei 2009 Kursus Pertolongan Cemas Lanjutan (Advance First Aid) anjuran Ibu Pejabat Negeri untuk ahli dewasa

1-3 Mei 2009 Kursus Pertolongan Cemas Lanjutan (Advance First Aid) anjuran Ibu Pejabat Negeri untuk ahli dewasa

Seramai 4 orang ahli dewasa telah menyertai kursus tiga hari ini.

25 April 2009 Perjumpaan Mingguan Ke 6

25 April 2009 Perjumpaan Mingguan Ke 6

Masa: 1.30pm hingga 4.30pm
Tempat: kawasan Sekolah

18 April 2009 Perjumpaan Mingguan Ke5

18 April 2009 Perjumpaan Mingguan Ke 5

Masa: 1.30pm hingga 4.30pm
Tempat: kawasan Sekolah

24 dan 25 April 2009 Tugas Awam Pertolongan Cemas Manchester United Primier Cup Under 15 2009 Peringkat Negeri Sarawak

24 dan 25 April 2009 Tugas Awam Pertolongan Cemas Manchester United Primier Cup Under 15 2009 Peringkat Negeri Sarawak

Tarikh: 24 April hingga 25 April 2009*

Lokasi: Stadium Sarawak, Stadium Negeri, Padang B Stadium Sarawak

Masa: 7. 00 am hingga 7.00pm (tertakluk kepada jadual perlawanan)

Pakaian: 24 April Training Order*
, dan 25 April - Pakaian Seragam*

AMbulans : Sebuah ambulans(ditempatkan di Stadium Negeri)

Jumlah Ahli setiap hari : 12 orang

18 April 2009 Tugas Awam Pertolongan Cemas Liga Bola Sepak Kementerian Pelajaran

Tugas Awam Pertolongan Cemas sempena Liga Bola Sepak Kementerian Pelajaran 2009 - Perlawanan Antara Pasukan Sarawak dan Kelantan

Tarikh: 18 April 2009
Masa: 1.30petang hingga 7.00 petang
Tempat: Stadium Sarawak
Jumlah Ahli: 12 Orang
pakaian: Pakaian Seragam

4 April 2009 Perjumpaan Mingguan Ke4

Wednesday, April 8, 2009

4 April 2009 Perjumpaan Mingguan Ke4

Masa: 1.30pm hingga 4.30pm
Tempat: kawasan Sekolah