Pengumuman

火烧晋中5周年
Ulangtahun Ketiga Kebakaran SMK Kuching High

Setelah 5 tahun kebakaran yang telah memusnahkan bilik persatuan ini, persatuan ini masih tiada bilik dan sedang berusaha untuk menambah pelbagai peralatan yang telah musnah.
Bantulah Kami!

晋中
圣约翰救伤队要花多少钱才能“重建”?

火烧晋中
古晋2/12/2008日讯---晋中发生火患. 被烧毁的该栋危楼内总共有2楼,1楼与2楼为科学室、底楼为圣约翰救伤队、红新月会、储藏室及2间厕所。火患发生时间是今日下午1时零7分.
晋中科学室、储藏室、圣约翰救伤队活动室、红新月会活动室一瞬间化为乌有。

晋中圣约翰救伤队要花多少钱才能“重建”?

Aktiviti Kami

Friday, August 8, 2008

AKTIVITI KAMI

Setiap tahun, persatuan ini telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kemahiran ahli dan mencapai objektif persatuan ini. Antaranya ialah:

  1. Kursus Pertolongan Cemas dan Perawatan Rumah
  2. Kursus Kepimpinan Ahli
  3. Kursus Kawad kaki
  4. Perbarisan dan Pemeriksaan Tahunan
  5. Pertandingan Masakan Ala Hutan (Backwood Cooking)
  6. Perkhemahan Latihan Tahunan
  7. Kursus Bina Semangat
  8. Tugas Awam Pertolongan Cemas dan Kebajikan
  9. Lawatan Sambil Belajar
  10. Pertandingan Pertolongan Cemas Antara Skuad
  11. Majlis Malam Penghargaan Tahunan
  12. Aktiviti Sosial seperti permainan dan nyanyian
  13. Perjumpaan Mingguan

Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Kami


Tugas Awam Pertolongan Cemas

Bantuan Pertolongan Cemas dan Perawatan Di Rumah merupakan tugas utama St. John Ambulans. Ahli kami dilatih dengan ilmu pertolongan cemas, perawatan yang terkini dan terlibat dalam acara-acara yang memerlukan bantuan pertolongan cemas. Contohnya:

  • Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-28 2004
  • Kejohanan Olahraga Minggu Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2005
  • Pelbagai Pertandingan Sukan MSSM dan MSSS yang dianjurkan di Kuching
  • Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan Ke 49 2006
  • Reggata Sarawak
  • Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2006
  • Pelbagai Upacara dan Sambutan yang dianjurkan oleh kerajaan atau pihak swasta sepanjang tahun.

Perkhidmatan Masyarakat

Dari semasa ke semasa, ahli-ahli St. John melawati rumah warga tua, anak-anak yatim, membawa kegembiraan yang tidak dapat dilupakan

Pencapaian Kami

PENCAPAIAN KAMI

Persatuan St. John Ambulans Bahagian Kadet Campuran No.1 SMK Kuching High telah mencapai pelbagai kejayaan dalam pertandingan-pertandingan yang telah disertai. Antaranya ialah:

  1. Johan Kategori Perawatan Kadet Individu dalam Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Malaysia Peringkat Kebangsaan ke 48 2006
  2. Naib Johan Kategori Perawatan Kadet(Perawatan Rumah) dan Tempat Ketiga Kategori Ambulans Kadet(Kes Pendek) dalam Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Malaysia Peringkat Kebangsaan ke 47 2005
  3. Johan Kategori Kategori Ambulans Kadet dalam Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Sarawak 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008dan 2009
  4. Naib Johan Kategori Ambulans Kadet dalam Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Sarawak 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009
  5. Johan Kategori Kategori Perawatan Kadet dalam Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Sarawak 2003, 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008
  6. Naib Johan Kategori Perawatan Kadet dalam Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Sarawak 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009
  7. Johan Kategori Perawatan Dewasa dan Kategori Ambulans Dewasa dalam Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Sarawak 2006, 2007 dan 2009
  8. Naib Johan Kategori Perawatan Dewasa dan Kategori Ambulans Dewasa dalam Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan St. John Ambulans Sarawak 2008 dan 2009
  9. Johan Kutipan Terbanyak Hari Bendera St. John Ambulans Sarawak 2002, 2004, 2005, 2006 dan 2008

Objektif Kami

Objektif Kami

Diantara tujuan utama organisasi SJAM Kadet adalah seperti berikut:-

  1. Memberi peluang bagi mencapai objek-objek Perbadanan SJAM
  2. Menggalakan pemuda pemudi mengikuti gaya hidup selaras dengan Rukun Kadet
  3. Mengembangkan semangat kerjasama dan toleransi sambil mengambil kira keupayaan diri seseorang Kadet
  4. Penjagaan Kesihatan Diri
  5. Menggalakkan pemuda pemudi supaya menggunakan waktu lapang mereka pada aktiviti yang menyeronokkan dengan menyediakan segala kemudahan moden dan penglibatan diri dalam pergerakan belia kebangsaan
  6. Menjadi pelapis kepada kepimpinan perbadanan apabila mereka memasuki Bahagian Dewasa kelak

Sejarah Bahagian Ini

SEJARAH RINGKAS BAHAGIAN KADET CAMPURAN NO.1(sehingga 2001)

ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA SARAWAK

SMK KUCHING HIGH

Bahagian Kadet Campuran No.1 St. John Ambulans Malaysia Sarawak SMK Kuching High telah ditubuhkan pada 20 Disember 1971. Bahagian ini merupakan bahagian kadet yang pertama ditubuhkan di sekolah-sekolah di Sarawak.

Tujuan penubuhan bahagian ini ialah:

Memberi peluang bagi mencapai objek-objek Perbadanan SJAM

Menggalakan pemuda pemudi mengikuti gaya hidup selaras dengan Rukun Kadet

Mengembangkan semangat kerjasama dan toleransi sambil mengambil kira keupayaan diri seseorang Kadet

Penjagaan Kesihatan Diri

Menggalakkan pemuda pemudi supaya menggunakan waktu lapang mereka pada aktiviti yang menyeronokkan dengan menyediakan segala kemudahan moden dan penglibatan diri dalam pergerakan belia kebangsaan

Menjadi pelapis kepada kepimpinan perbadanan apabila mereka memasuki Bahagian Dewasa kelak

Semasa penubuhan, persatuan ini diketuai oleh En Leong Sia Fan dan Pn. Wu Fang Ling sebagai guru penasihat dengan jumlah ahli seramai 50 orang. Pada tahun 1976, En Oliver Yong telah menggantikan En.Leong sebagai guru penasihat. Pada tahun 1976, pasukan badminton perempuan bahagian ini telah berjaya memenangi Johan dalam Pertandingan Badminton Antara Bahagian Sekolah anjuran Ibu Pejabat. Sementara pasukan lelaki berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Pada tahun 1977 dan 1978, Pn. Wu Fang Ling telah menjadi guru penasihat persatuan ini. Pada tahun 1979, Cik Lu Lei Chin telah menggantikan Pn Wu sebagai guru penasihat. Beliau telah menjadi guru penasihat bahagian ini sehingga 1980. Pada tahun 1979, persatuan ini telah berjaya memperolehi beberapa kejayaan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat. Kejayaan-kejayaan tersebut ialah Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki, Johan Pertandingan Poster, dan Naib Johan dalam Pertandingan Pertolongan Cemas. Selain itu, bahagian ini juga telah menghantar 2 orang kadet ke Kem Latihan Kadet peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang pada tahun tersebut.

Pada tahun 1981, En. Yeo Chin Lian telah menggantikan Cik Lu sebagai guru penasihat. Pada tahun tersebut, persatuan ini telah berjaya memperolehi Johan dan kutipan derma walkaton dan kutipan terbanyak dalam jualan Hari Bendera.

Pada tahun 1982, persatuan ini telah merayakan Ulangtahun ke - 10 penubuhan di sekolah ini. Satu perbarisan telah diadakan untuk tujuan di atas. Pada tahun 1987, En, Fabian Lee telah dilantik menjadi guru penasihat bahagian ini bersama-sama dengan En. Yeo.

Selepas itu, bahagian ini terus berkembang dan telah memperolehi kejayaan dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat. Pada tahun 1992, bahagian ini telah merayakan perayaan ulangtahun ke-20.

Pada tahun 1998, En. Leong Sy Jiann telah menggantikan En.Yeo dan En.Fabian sebagai guru penasihat dan pegawai persatuan ini. Selepas itu, beberapa orang guru juga telah dilantik sebagai guru penasihat bahagian ini bersama-sama dengan En.Leong. Mereka ialah Cik Rita Wong, Pn. Lu, Pn.Rosemary Foo, Pn. Ting, Pn.Kueh, dan Pn. Kang.

Pada tahun 1999, bahagian ini telah berjaya mendapatkan Johan dalam Pertandingan Lintas Hormat sempena Sukan Sekolah ini, Naib Johan dalam Pertandingan Backwood Cooking dan Juara dalam Pesta Permainan anjuran Bahagian SMK Bandar Kuching No.1. Pada hari Bendera, persatuan ini berjaya mengutip lebih kurang RM13, 500.00 dan menduduki tempat kedua.

Pada tahun 2000, jumlah ahli persatuan ini telah mencapai 160 orang. Persatuan ini telah berjaya memperolehi beberapa kejayaan dalam beberapa pertandingan. Antaranya, Johan dalam Pertandingan Badminton Antara Bahagian Sekolah,dan Johan dan Tempat Ketiga dalam Pertandingan backwood Cooking. Pada tahun ini, bahagian ini juga telah melancarkan Laman Web Rasmi pada 8 JUN 2000. Seterusnya, Persatuan ini juga berjaya memperiolehi Johan dalam Pertandingan Pameran sempena Perayaan Ulang Tahun Ke -29 Persatuan St. John Ambulan Sarawak. Pada Hari Bendera, bahagian ini telah mengutip RM 8,900 dan menduduki tempat kedua. Seterusnya, pelbagai aktivti telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran ahli seperti Kursus Pertolongan Cemas dan Kursus Kepimpinan yang diadakan pada musim cuti sekolah akhir tahun.

Pada tahun 2001, jumlah ahli persatuan ialah 139 orang. Seramai 55 orang ahli telah lulus peperiksaan Pertolongan Cemas dan 20 orang ahli lulus Perawatan Rumah. Pada Hari Bendera, bahagian ini telah berjaya mengutip RM 14,000 dan menduduki tempat kedua di antara bahagian sekolah di Kuching. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran ahli seperti Kursus Pertolongan Cemas yang diadaakah pada cuti pertengahan semester, dan kursus Perawatan Rumah yang diadakah pada bulan Mei. Bahagian ini juga aktif terlibat dalam tugas-tugas awam pertolongan cemas yang diamanahkan oleh pihak ibu pejabat dan sekolah.