Tempat: Loin Nursing Home, Stutong' Kuching
Jumlah Ahli: 21 orang ahli
晋中圣约翰救伤队要花多少钱才能“重建”?
Posted by sjakhs1971 at 10:25 PM
Posted on June 27, 2011, Monday (Utusan Borneo 27/6/2011)
KUCHING: Persatuan St John Ambulance SMK Kuching High dan Bahagian Remaja Ketiga Kuching dari sekolah sama mencatat keputusan cemerlang dalam Pertandingan Kejururawatan dan Bantuan Kecemasan St John Ambulance Kuching 2011 apabila memenangi lima daripada enam kategori yang dipertandingkan.
Sekolah itu menjuarai tiga kategori iaitu Kadet Ambulans, Kawat Kaki Terbaik serta Keseragaman Ambulans dan Kejururawatan manakala bahagian remaja memenangi tempat pertama bagi kategori Ambulans Dewasa dan Kejururawatan Dewasa.
Manakala bagi kategori Kadet Kejururawatan dijuarai SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor.
Dua lagi sekolah mengambil bahagian ialah SMK Pending dan SMB Chung Hua No.1. Pertandingan itu diadakan di Ibu Pejabat St John Ambulance Sarawak di Jalan Laksamana Cheng Ho dekat sini.
Selain itu SMK Kuching High memenangi tempat ketiga bagi kategori Kadet Ambulans dan Kadet Kejururawatan manakala bahagian dewasanya memperoleh tempat kedua bagi kategori Kejururawatan Dewasa dan tempat ketiga untuk kategori Ambulans Dewasa.
Seramai 90 peserta menyertai pertandingan tahunan dengan setiap pasukan kadet dianggotai pelajar sekolah manakala bahagian dewasa dibentuk oleh bekas-bekas pelajar sekolah berkenaan.
Sementara itu Pengerusi dan Komander St John Ambulance Sarawak Dato Sri Ang Lai Soon dalam ucapan penutupannya berkata penyertaan dalam pertandingan seperti itu harus dilihat sebagai peluang bertemu ahli lain dan mengukuhkan kerjasama berpasukan.
Beliau menambah, dalam St John, setiap anggota perlu bergantung kepada integriti setiap ahlinya dalam menunaikan tanggungjawap masing- masing.
“Integriti anggota adalah batu asas keharmonian persatuan ini. Integriti bermakna mengikut kod etika dan nilai moral yang tinggi, kejujuran, keikhlasan, ketulusan hati dan kebebasan daripada pengaruh mempunyai motif terselindung,” jelasnya.
Ucapan beliau dibaca wakilnya Dr Lee Khoon Siew yang juga pegawai perubatan St John Ambulance Sarawak serta pengerusi jawatankuasa penganjur pertandingan itu.
0 comments:
Post a Comment