Sejarah: Laporan Majalah KHS 1996
Patron : Encik Chang Yit Yong
Guru Penasihat : Encik Yeo Chin Lian Encik Lee Boon Seng Encik Voon Jan Cham
Pengerusi : Lim Teo Bee (4S1)
Naib Pengerusi : Lim Sheau Chin (4S1)
Setiausaha : Boon Poh Ching (4S1)
Penolong Setiausaha : Kho Kheng Siong (2D)
Bendahari ; Lim Teo Bee (4S1)
Penolong Bendahari : Chan Thian Yong (2D)
Komander : Lim Sheau Chin (4S1)
Penyelia Stor : Boon Poh Ching (4S1)
Penolong Penyelia Stor : Tan Lee Na (2F)
Ketua Divisyen : Sim Wei Lin (4A2)
Ho Howe Sin (4A5)
Chai Yit Neng (4A2)
Ketua Seksyen : Bong Siaw Hui (1D)
Goh Wee Bing (1 B)
Tah Jing Ying (1B)
Chai Yit Chiang (1B)
Ong Hua King (1A)
Tan Mei Chin (1C)
St. John Ambulans telah ditubuhkan di S.M.B. Kuching High selama 25 tahun iaitu sejak tahun 1971. Persatuan ini telah mendapat kemajuan yang ketara. Kira-kira 80 orang murid telah diterima sebagai ahli persatuan kami pada tahun 1996 (tidak termasuk AJK).
Matlamat utama persatuan kami ialah "Berkhidmat untuk manusia". Pelbagai aktiviti telah dijalankan dart semasa ke semasa. Sebagai contoh, pada bulan JUN tahun lepas, satu upacara penyampaian sijil sempena menyambut ulang tahun ke-24 telah diadakan di sekolah.
Yang amat membanggakan kami ialah sekolah kita telah dipilih oleh pegawai dart
Selain itu, "Gathering" juga diadakan dalam cuti penggal II tahun lepas untuk mengeratkan perhubungan antara ahli dengan ketua. Satu lawatan ke Pandan bersama 40 orang ahli dan guru penasihat telah diadakan dalam masa yang sama juga memandangkan AJK tahun 94 akan meninggalkan sekolah tidak lama lagi.
Satu pameran yang istimewa telah diadakan pada awal tahun ini untuk mengalu-alukan para ahli baru yang bercadang untuk menjadi ahli baru St. john 96.
Bagi memperluaskan ilmu pengetahuan para ahli, satu rombongan telah dihantar ke Kern Tentera. Pertunjukan kawat kaki, cara mengangkat usungan dan ceramah telah diadakan oleh mereka. Selain itu, kami juga telah pergi ke Gua Angin bersama dengan ahli persatuan Sejarah pada bulan April.
Aktiviti yang dijalankan baru-baru ini pula ialah pertandingan masakan rimba. Pertandingan tersebut telah meningkatkan kemahiran dan memberikan pengalaman yang berguna kepada para peserta.
Selain program yang disenaraikan di atas, aktiviti lain seperti berkhemah, berkelah, "charitiy work", lawatan sambil belajar dan banyak lagi bakal diadakan pada tahun ini.
Akhir kata, saya mewakili semua ahli persatuan St. John Ambulans untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada patron kami Encik Chang serta 3 orang guru penasihat iaitu Encik Yeo, Encik Lee dan Encik Voon atas sumbangan mereka terhadap kami.
0 comments:
Post a Comment