Pengumuman

火烧晋中5周年
Ulangtahun Ketiga Kebakaran SMK Kuching High

Setelah 5 tahun kebakaran yang telah memusnahkan bilik persatuan ini, persatuan ini masih tiada bilik dan sedang berusaha untuk menambah pelbagai peralatan yang telah musnah.
Bantulah Kami!

晋中
圣约翰救伤队要花多少钱才能“重建”?

火烧晋中
古晋2/12/2008日讯---晋中发生火患. 被烧毁的该栋危楼内总共有2楼,1楼与2楼为科学室、底楼为圣约翰救伤队、红新月会、储藏室及2间厕所。火患发生时间是今日下午1时零7分.
晋中科学室、储藏室、圣约翰救伤队活动室、红新月会活动室一瞬间化为乌有。

晋中圣约翰救伤队要花多少钱才能“重建”?

Sejarah: Laporan Majalah KHS 1986

Saturday, March 7, 2009


Sejarah: Laporan Majalah KHS 1986



Laporan Persatuan St. John Ambulance

PATRON : Encik Wong Mee King 'CROP SUPERINTENDENT'. : Encik Poon Miang Tee

GURU PENASIHAT : Encik Yeo Chin Lian

'OFFICERS-IN-CHARGE' : Encik Sia Yek Wei Encik Edmund Bong Encik Lau Khee Yong Cik Tan Cho Hun

PENGERUSI : Encik Teng Sze Tack

NAIK PENGERUSI : Cik Wong Voon Sin Cik Wee Kim Juh

SETIAUSAHA : Cik Chai Sui Cheng PENOLONG SETIAUSAHA : Encik Yeo Gin lang

BENDAHARI : Encik Yeo Kim Chuan

'STOR-KEEPER' : Cik Chan Siok Hui

KETUA-KETUA DIVISI : Cik Sim Lee Nee Cik Wee Wei Hun Encik Kho Aik Leong Encik Goh Yau Ping

KETUA-KETUA 'SECTION' : Cik Lim Ming Swee Encik Tan Soon Ping Cik Ting Ping Sing Encik William Tan Encik Yeo Kaw Paw Cik Lee Yin Fong Cik Pui Yiuk Kiew Cik Chang Oi Kian

Persatuan St. John Ambulans telah ditubuhkan di sekolah ini selama 15 tahun sejak tahun 1971. Pihak kami merasa gembira kerana semakin ramai murid yang terdiri daripada kelas peralihan dan Tingkatan 1 telah menceburkan diri dalam persatuan ini. Pada masa kini persatuan ini terdiri daripada kira-kira 130 orang ahli. Mereka dibahagikan kepada empat divisi yang dinamakan mengikut nama burung, setiap divisi pula dibahagikan kepada 2 'section'.

Lazimnya, pada setiap hari Sabtu persatuan kami akan mengadakan mesyuarat ming­guan pada pukul 2 hingga 5 petang. Pada masa ini ahli-ahli akan dapat menimba sedikit sebanyak pengetahuan dalam beberapa bidang terutamanya pengetahuan Pertolongan Cer­mas, perawatan dan juga 'Proficiency Subject' seperti sejarah tentang Persatuan St. John, per­khemahan, signilly dan sebagainya. Ahli-ahli juga akan dilatih berkawat.

'BERKHIDMAT UNTUK MANUSIA' adalah tujuan utama persatuan ini dan juga sebaha­gian daripada aktiviti-aktiviti kami. Pada permulaan tahun hingga kini, berbagai-bagai perkhid­matan telah dijalankan oleh ahli-ahli persatuan kami termasuk perkhidmatan pertolongan cer­mas pada hari sukan sekolah antara kelas dan juga antara sekolah menolong membersihkan kawasan Hun Nam Siang Tng dan juga kawasan pembakaran di batu 24. Pada hari Kebuda­yaan Malam Sekolah, ahli-ahli juga mempersembahkan satu tarian. Selian daripada itu, tidak kurang juga.ahli-ahli yang terlibat dalam kumpulan koir. Pada waktu sekolah, kami juga meng­adakan perkhidmatan pertolongan cemas bagi mereka yang cedera atau merasa kurang si­hat.

Ahli-ahli juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti lain yang sihat seperti perkhemahan, pertan­dingan dan juga mengikuti kursus-kursus lain. Seramai 21 orang ahli menyertai perkhemahan U.U.C.C. tahun ini. Ahli-ahli juga mengambil bahagian dalam 'Cadet Camp', 'telematch' yang diadakan oleh ibu pejabat. Pada 'Flag Day' persatuan kami telah berjaya mengumpulkan wang sebanyak $5,028.85 di mana 40% daripada jumlahnya adalah untuk kegunaan persatuan kami. Bagi persatuan kami, kursus-kursus untuk melatih ahli-ahli baru seperti signaling, berkawat pertolongan cemas telah diadakan,pada fhb June hingga 3hb June di SMB Kuching High.

Pada masa cuti sekolah penggal kedua dan ketiga lebih banyak kursus yang berman­faat akan dilaksanakan juga. Misalnya, 'Annual In Inspection; Promotion Ceremony' akan di­adakan sempena perayaan ulangtahun Persatuan St. John Ambulans Kuching High yang ke 15.

Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'Patron', 'Crop Superinten­dent', guru penasihat, 'Officers-in-charge' atas bimbingan mereka serta kerjasama semua ahli untuk menjayakan persatuan ini. Pihak kami juga berharap semoga lebih ramai lagi murid­murid rela menceburkan diri dalam persatuan ini pada masa yang akan datang supaya persa­tuan ini akan bertambah afektit dan maju.

'BERKHIDMAT UNTUK MANUSIA'

Setiausaha




0 comments: